Jumaat, 9 April 2010

Jangan Mudah Berputus Asa

Mudah berputus asa bukan cara yang terbaik dalam menyelesaikan masalah, malah bagi yang mahu berjaya , mengatasi masalah adalah merupakan cara terbaik untuk berjaya cemerlang. Drop subjek bukan boleh memberi semangat anda untuk belajar, sebenarnya kaedah in lebih kepada menurutkan kehendak naluri dalaman yang menakutkan, dan akhirnya terjebak dengan kelekaan dan akhirnya gagal. Kepada semua pelajar Spm SMKTARP jangan mudah nak DROP sebarang subjek yang telah ditentukan oleh sekolah. Sepatutnya tanamkan sikap berlumba-lumba agar ia menjadi motivasi kepada kejaan anda masa depan.





Ahad, 4 April 2010

Ucapan Tuan Pengetua


Sekapur Sirih buat pembaca:
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera,
Perancangan merupakan intipati dalam pengurusan organisasi. Perancangan yang bersistematik dan strategik menjadi petunjuk arah utama kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Justeru itulah SMK.Tunku Abdul Rahman Putra Sabak Bernam menghasilkan Laman WEB dan Laman Blog sekolah 2009. Laman ini merupakan satu paparan maklumat yang meliputi segala aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah yang menjadi panduan kepada guru, staf sekolah serta masyarakat umum dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sehari-harian.
Laman WEB ini akan menjadi bahan rujukan kepada semua warga sekolah dan masyarakat setempat. Dengan ini perancangan sekolah akan dapat dilaksanakan dengan cekap, mantap dan berkualiti, sesuai dengan moto sekolah "Bersama Menjadikan SMK Tunku Abd Rahman Putra Sabak Bernam Cemerlangan 2014" . Akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang terlibat dalam penyediaan dan penghasilan laman WEB dan Blog 2011 terutamanya kepada AJK yang terlibat.
Sekian.Terima Kasih.
PN DR HJH ROSNAH BT SELAMAT (Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra)